AutoGate

AUTO GATE

KENAPA NAK PASANG AUTOGATE?

  • Malas nak turun buka , tutup pagar.
  • Tidak hujan, tidak perlu kelam kabut cari payung nak buka gate.

KENAPA PERLUNYA MEMASANG SISTEM PAGAR AUTOMATIK (AUTOGATE) ??

KESELAMATAN 
  • Keselamatan memainkan peranan yang amat utama dalam pemilihan pemasangan Sistem Autogate samaada di premis kediaman atau perniagaan anda . Dengan sistem autogate kita tidak memberi peluang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kecurian kenderaan , samun ketika kita leka membuka kunci pagar , terlupa mengunci pagar selepas mengeluarkan kenderaan anda , vandalisme dan sebagainya .
  • Bercakap berkaitan jalanraya yang sibuk , anda mempunyai anak dan anda boleh pastikan mereka selamat daripada jalanraya yang sibuk dan orang yang lalu lalang di mana anda boleh pastikan yang pagar anda sentiasa berkunci dengan pagar anda tertutup dengan adanya sistem pagar automatik .
KESELESAAN
  • Dengan sistem pagar automatik ini anda tidak perlu keluar dari kenderaan anda setiap hari hanya untuk menutup dan membuka pintu pagar.Kebanyakan pagar besi dan kayu adalah berat dan dengan sistem pagar automatik ini ianya menjadi lebih mudah untuk anda membuka dan menutup pintu pagar kediaman anda.Bayangkan anda pulang ke rumah pada waktu malam gelap dengan hujan yang lebat , dan bayangkan pula anda berpeluang membuka pagar anda dalam keadaan selesa , tidak basah kuyup , selamat didalam kereta dan boleh pastikan persekitaran anda selamat sebelum anda melangkah ke dalam kediaman anda .

RUNDINGAN PERCUMA.

Kami akan ke tempat anda untuk khidmat rundingan pemasangan Sistem Autogate di premis kediaman dan kami akan berikan sebutharga yang terbaik yang dapat kami tawarkan. Jika bersetuju anda tetapkan tarikh pemasangan.
© Copyright 2020. All Rights Reserved.