MAKLUMAT SYARIKAT

Pintarkom Sales & Services (PSS) Company No. 644366-D, atau pun dikenali sebagai Pintar Computer ditubuhkan pada tahun 1999 untuk memasuki industri komputer yang berdaya saing.Matlamat syarikat kami adalah untuk menjadi pembekal utama dalam pasaran tempatan dan memberi khidmat pelanggan yang paling bagus dalam perniagaan kami ini.

Dalam tahun yang akan datang, syarikat ini menetapkan matlamat untuk memberi kepuasan kepada pelanggan dan mengeluarkan produk serta memberi khidmat pelanggan yang lebih bagus dan berkualiti. PSS juga akan terus memberi khidmat yang lebih bagus kepada pelanggan dengan adanya bantuan teknologi komputer yang akan memudahkan pelanggan dan’ IT Product And Services’. Ini juga adalah sejajar dengan matlamat syarikat untuk menjadi “PSS yang tinggi daya saing, menggunakan teknologi yang canggih, berdasarkan khidmat pelanggan dan menembusi pasaran tempatan”.

Syarikat ini bermatlamat untuk memasarkan, memberi khidmat dan membekalkan berbagai jenis sistem komputer sendirian daripada notebooks kepada networks dan produk melalui internet. Produk utama kami termasuklah Business Workstation, Servers, Multimedia Personal Computers Series, Mobile PC’s, Modem , Produk TMnet, Scanners, Photo Printers, Networking dan Imaging Products.

Pelanggan kami merangkumi agensi kerajaan, syarikat komersial, institut pendidikan, perniagaan kecil, dan individu. Matlamat utama syarikat adalah untuk membantu pelanggan- pelanggan kami membina masa hadapan mereka. Semenjak kami memulakan operasi, syarikat ini telah berjaya. Kejayaan ini,bukan sahaja kerana kepercayaan dan galakan para pelanggan, tapi faktor lain yang menyumbang kepada kejayaan ini adalah sumber, daya upaya dan servis yang ditawarkan.

Kami juga menyediakan bantuan teknikal di talian servis, di mana pelanggan boleh menggunakanya untuk sistem PSS mereka. Dalam sistem ini, jurutera-jurutera kami menyelesaikan masalah pelanggan melalaui talian telefon. Namun, jika pelanggan memerlukan bantuan yang lebih lanjut, khidmat ‘On-Site’ kami akan menyelesaikan masalah itu dengan menghantar juruteknik ke lokasi tersebut secepat mungkin. Apabila pelanggan memerlukan bantuan lagi, syarikat kami akan menghantar van dan pekerja kami untuk mengambil barangan yang rosak dan menghantarnya semula sejurus selepas dibaiki.

© Copyright 2015. All Rights Reserved.